Wednesday, April 17, 2013

KOPI CINTA


Ingat lagi pertama kali aku sampai di hadapan kedai tu. Dari luar dah bau aroma kopi nya yang kuat dan menyelerakan tu. Cepat cepat aku masuk kedai tu dan cari meja yang agak jauh dari pelanggan pelanggan yang lain. Tiga minit kemudian, datang seorang pelayan. "Ye cik, seorang je? Boleh saya ambil pesanan cik? Kafe kami ada macam macam jenis kopi yang terbaik dari seluruh negara. Cappuccino, coffee latte or anything miss?" Aku terus diam membisu. Terlalu banyak pilihan sehingga tidak menghasilkan apa apa pesanan. "Kali pertama cik datang sini ye? Apa kata cik cuba kopi cinta istimewa dari kedai saya ini. Pasti cik akan jatuh cinta dengan kopi istimewa ini selepas cik mencubanya.

****

Lima minit kemudian, lelaki tersebut kembali semula dengan membawa dulang dan secawan air kopi. Dari jauh aku sudah dapat bau aromanya. Sungguh menenangkan. " Ini dia kopi yang istimewa untuk cik. Kalau cik nak pesan apa apa makanan cik boleh panggil saya di kaunter." Senyum lelaki tersebut. Ah, senyuman nya memang manis. Mana-mana gadis yang melihat pasti terpikat. Sebelum lelaki itu belalu pergi, sempat juga dia mengenyitkan sebelah matanya kepadaku. "Dah macam orang sakit mata je aku lihat." bicara aku sendirian di dalam hati. Tidak menghiraukan keadaan di sekeliling kafe tersebut, aku terus menghirup kopi tersebut. "Em, rasa kopi ni, memang lain." Rasanya yang unik memikat aku untuk terus menikmatinya sehingga habis. "Macam mana cik? Nak tambah lagi?"  


p/s : to be continue  ^_^

1 comment: