Assalamualaikum.
Penat hari ni kemas bilik. Mana tak nya, bilik da tak macam bilik rupa dia. Baru last week kemas, minggu ni bersepah semula. Biasa la, hari sekolah memang tak ada masa langsung nak kemas bilik. Bangun tidur kemas katil sudah. Buku-buku sekolah biarkan je kat almari tak berkemas. Huhuhu. Tapi lepas 1 jam kemas bilik, akhirnya siap jugak. Baru lah selesa mata memandang. Hahaha.
Lepas da siap kemas bilik, layan Istanbul Aku Datang. Walaupun ni kali kedua tengok, tetap tak bosan sebab cerita dia sweet sangat. Especially masa Beto basuhkan rambut Lisa tu. ^_^
p/s : Almari buku da penuh dengan buku-buku rujukan SPM tahun lepas. Ada sesiapa yang nak?




No comments:
Post a Comment