Bila tengok novel ni, biasa-biasa je. Tapi bila ditenung-tenung, baru perasan cover novel ni gambar Fatin Liyana dan Choi Minho. Honestly tak kenal pun siapa Choi Minho ni sebab saya bukan jenis yang gila K-Pop. Setakat Running Man tu layan la. Tapi bila cakap pasal artis-artis korea ni, saya lemah sikit. First, sebab saya tak berminat sangat untuk kenal mereka. Second, sebab bagi saya muka dia orang ni semua sama je. Baik lelaki ke perempuan ke, semua sama. Susah untuk saya bezakan. So, kalau nak bercerita dengan saya pasal K-Pop ni, sorry la sebab saya tak minat. ^_^
Novel ni sebenarnya cerita pasal Aiyani dan Arumi Aisy. Awal-awal cerita dia agak complicated juga la. Tapi bila nak sampai ending, excited dia kemain lagi. Tapi last-last, cerita dia tergantung begitu je sebab novel ni ada sambungan dia tapi belum dijual di pasaran lagi. Masih dalam pembikinan kot. Ye la, nak menulis novel ni bukan nya mudah. Bukan nya 24 jam idea ada dalam kepala. Nak terbitkan pun satu step yang memerlukan masa juga. Pencetakan lagi. So, kepada readers yang tak sabar sangat nak baca sambungan novel ni ( Mianhaeyo, Arumi ), sabarlah menunggu ye. Penulis novel ( Rose Harissa ) ni pun manusia biasa jugak macam kita. Bukannya robot. ^_^
Just love to listen KPop song, not admire them. :)




No comments:
Post a Comment